• Home
  • Facebook
  • Twitter
  • Sykpe
  • Myspace
  • Saturday, January 15, 2011

    Penangan zaman persekolahan

    Salam semua..
    Arini aku xtau apa yang aku nak cite kat sini sampai la aku dapat ilham,bila aku jmpe gambar sekolah aku..
     Ni la gambar semasa aku bersekolah dulu..aku yang mana?atas sekali,3 dari kanan..Pergh!jangan gelak sebab aku memang seorang yang NERD dulu..hahahha..Cikgu-cikgu cakap,batch science yang paling gila time kitaorang la..Mana taknya,kerja sekolah yang bagi tak pernah siap,ponteng kelas,balik awal..tapi yang paling tak dapat lupakan bila guru kelas aku menangis sebab kelakuan kiteorg..kalo cikgu je menangis tak pe..nie dengan budak-budak pompuan sekali menangis..pe kejadahnya,siap boleh bluetooth-bluetooth menangisnya..hahahha..Cikgu Suzannah,Ampunnnkannnn kamiiiiii..ish!xbaik buat cikgu menangis,xberkat ilmu dia bagi nanti..

    Nie time aku tingkatan 5

    Wednesday, January 12, 2011

    Download Filem Ngangkung (2010)


    Ngangkung (2010) Eng Sub DVDRip RMVB Mediafire

    Sinopsis
    ‘Ngangkung’ adalah satu perbuatan memuja nombor ekor dengan membawa ‘barang’ untuk dipuja oleh bomoh. Barang tersebut haruslah sesuatu yang susah untuk didapati seperti keris lama, syiling lama dan sebagainya. Filem ngangkung mengisahkan Azim, seorang pemandu lori yang hidup sederhana di sebuah perkampungan pinggir bandar bersama isteri, Suri dan anak perempuannya. Azim mempunyai dua orang kawan baik iaitu Tasnim dan Wan. Tasnim dan Wan memang merupakan ‘kaki ekor’ d8an aktiviti mereka memang diketahui oleh isteri masing-masing.Azim yang pada asalnya tidak pernah menghiraukan aktiviti rakan-rakannya akhirnya terpengaruh juga kerana desakan dan kesempitan hidup. Ditambah pula dengan kejayaan Tasnim mengubah gaya hidup setelah berjaya memenangi nombor ekor hasil ngangkung. Bermula dengan hanya untuk melihat, kian hari Azim semakin seronok mengikut Tasnim dan Wan walaupun secara senyap tanpa pengetahuan Suri. Pelbagai cara dan berbagai jenis bomoh mereka jumpa demi mendapatkan nombor untuk mereka beli. Pelbagai kejadian seram dan lucu terjadi sepanjang mereka mengangkung. Perubahan ketara dalam hidup Azim berlaku apabila dia terlibat secara lebih serius sehingga mengabaikan keluarga akibat taksub untuk mendapatkan nombor ekor. Begitu juga dengan Tasnim dan Wan. Sehingga satu hari berlaku kejadian yang benar-benar mengubah hidup mereka. Apakah kesudahan hidup mereka? Dan berjayakah mereka mendapatkan apa yang mereka hajati? Segalanya terjawab dalam “NGANGKUNG”.

    Jenis
    Seram komedi

    Pelakon
    Shaheizy Sam,Azad,Angah Raja Lawak,Putri Mardiana,Eira Syazira,Echa,Azlee Senario,Ruzaidi Abdul Rahman,Reanna,Mazlan Pet Pet 

    Friday, January 7, 2011

    Gerakan Anti Malaysia

    Maksudnya: Abu Hurairah r.a berkata Rasulullah saw telah bersabda: Janganlah kamu dengki mendengki, jangan tipu menipu, jangan benci membenci, jangan berpaling muka dan jangan berjual beli di atas jualan orang lain. Dan jadilah kamu hamba Allah yang bersaudara. Orang Islam dengan orang Islam adalah bersaudara. Mereka tidak boleh menzalimi, tidak boleh membiarkannya dalam kehinaan, tidak boleh membohongi dan menghinanya sesama Islam. Taqwa itu di sini, kata Nabi Nuhammad saw sambil menunjukkan kedadanya tiga kali. Memadai seseorang itu dianggap jahil apabila dia apabila dia menghina saudaranya. Setiap orang Islam ke atas orang Islam lain haram darah, harta dan kehormatnnya.


    [Riwayat Muslim]




    Video ni menerangkan segala2nya

    Dalam kesibukan berforum,aku perasan link ni..
    tak sangka plak dalam menaikkan taraf sebagai negara maju,ade gak manusia yg masih ditakuk lame..
    Dunia da maju,so anjakan paradigma tu kene la ade dalam jiwa masing-masing..
    Bila search google image pasal GANYANG MALAYSIA..Pergh!,mcm2 gambar yg kite boleh tgk..
    Nie antara gambar yg sempat aku upload..

     Bendera kita dipijak??
    Bernyawa ke agaknye..

    Result exam da keluar!!

    Salam semua..
    Arini entry aku pasal result..
    Bila cite pasal result,cuak bukan men g..
    Mane xnye,sampai membe aku pon takot nk amek result..
    takot dipanggil Mat GB (Gagal Bergaya)..
    Tapi bagi aku kali nie sangat bersyukur..
    Aku bukan apa,terkejut sebab aku ni malas sikit..
    dengan tak pergi kelas,assigment malas nk anta,tido dalam kelas..
    Tapi apa yang memeranjatkan aku, PNGS aku untuk sem lima 3.33..
    ni yang buat aku makin bersemangat nak habiskan diploma aku nie..
    ye la,lagi 6 bulan je nak abis,tak kan nak main-main g..
    So keep it out!!


    Thursday, January 6, 2011

    Jadual sem 6

    Salam!
    Hari ni aku nak post tentang jadual aku sem 6 ni.
    Yg terlampau longgar utk aku enjoy! Enjoy2 gak, jangan da terlampau enjoy, fail sume paper.
    Menjawab plak dengan orang tua aku.

    Ni la jadual aku:



    Isnin dengan jumaat tak ada kelas.
    So, kalau nak cuti lama sikit, hari kamis da bertolak ke kampung halaman.
    Aku ni jenis pantang ada cuti,sampai membe2 aku fedup la. Mane tak, assgment ke tutorial ke aku yg kena buat. Due date utk hantar esoknya,aku boleh plak bantai cuti sampai dua tiga hari lgi. Mmg mengamuk la citenya.
    Sorry kawan2 ! !

    Percutian di Casa Rachado,port dickson

    Etiqa Crew





    Perancangan yg xsberapa nak cantek akhirnye menjadi gak..
    Terima kasih kepada mamat a.k.a kosi aron yg telah sedaya upaya menjayakan percutian kali ini..
    Mamat, arep, amar, daie, maggod, hakim, labu, alan the typewriter, fifi dan xlpe
     gak Yan (baju oren).tpi yg xbape nk best ade g membe2 aku yg xdapat nk g atas sebab2 tertentu..tu yg macam kurang seronok ckit..Tpi xpe kawan2 yg xdpt nk ikot sbb perancangan untuk
    pertengahan tahun nie rancang nk g pulau plak..
    Ok,aku nk cite pasal percutian kami di Casa Rachado,Port Dickson..
    percutian nie dirancang sehari sebelum bertolak,so kelam kabut la nk setting org ngn barang sume..
    Kelam kabut tu sampai terbawak2 ke P.D..Mane tak nye,sampai je P.D dalam pukul 12 ,kite org cari la hotel..puas pusing satu P.D tu nk cari hotel dengan trafik jam g..
    2-3 jam gak la kami mencari,akhhirnye pukul 3 tu kami dapat la menginap sebuah hotel yg diberi nama Casa Rachado..Tempat die mmg tip top la..
    dengan kolam renang sume,pantai yg best,xrugi la menginap kat situ..
    Percutian nie 1 malam je tpi yg jdi 4 mlm sbb insan yg bernama azlan arifin..
    kerete die de masalah,katenye pasal gear box!!
    Mak aiii,gear box plak..da la nek perdana..kopak ko lan..hahah..
    aku dengar sampai RM 1k++ gak la..mampusla nk membayarnye..
    tpi apepon,percutian kali ni mmg the best la..layan kepala budak2 nie mmg gile2..
    dorg punyer akal,diluar batasan kite la..hahaha..Sampai aku letih ketawa je..
    Sampai sini je la cite percutian untuk penutup tahun 2010..




    Wednesday, January 5, 2011

    Tahun 2010 meninggalkan seribu kenangan

    Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua!




    Salam tahun baru 2011 kepada semua para blogger sume..Alhamdulillah, akhirnya 2010 telah melabuhkan tirainya . Banyak coretan dan kenangan yang di tinggalkan di tahun ini. Ada suka, ada duka, ada menarik, ada menyakitkan yg meninggalkan kesan pada kita semua. Segalanya sekarang tercatat dalam lipatan sejarah hidup kita selaku seorang umat manusia yang sedang berjalan dan mengharungi kehidupan di dunia tuhan.
    Sehingga hari ini,aku amat2 bersyukur kerana diberi kesempatan oleh Allah untuk terus hidup di muka bumi ciptaan Nya... Tahun 2010 ini akan aku tinggalkan dengan begitu banyak kenangan yang amat berharga Yang pasti azam aku tidak akan berubah pada setiap tahun... Azam aku adalah sentiasa membuat ibu bapa & keluarga aku bangga dengan apa sahaja yang baik aku lakukan... Aku sentiasa berdoa agar orang2 yang aku sayang & cintai disekeliling aku sentiasa di murahkan rezeki, dilindungi Allah, panjang umur, sihat sejahtera, berjaya di dunia & di akhirat & mendapat keredhaan Allah...Ku doakan kepada semua akan beroleh kejayaan pada tahun 2011... Semoga kita berhijrah ke arah yang lebih baik.... Amin... Selamat tinggal tahun 2010...

    Tuesday, January 4, 2011

    Aku adalah aku





    Nama ?
    Muhammad Syazwan Afiq b. Rusli

    Samaran ?
    Wan @ Afiq

    Agama ?
    Islam


    Tempat tinggal ?
    Klang, selangor

    Tarikh lahir ?
    16 Oct 1990

    Hobi ?
    Badminton. Reti keee?

    Cita-cita ?

    Doktor ada, penyiasat ada, tpi sape aku lepas nie
    Cita-cita nak gempak je, tak nak kalah!

    Food. fav ?
    Semua makanan aku makan. Jangan di hidang depan aku!

    Drink. fav ?
    Teh panas

    Mutiara kata ?
    "Ukhwah itu bukan terletak pada pertemuan, bukan pada manisnya ucapan di bibir tapi terletak pada ingatan seseorang terhadap saudaranya di dalam doanya."Al-Ghazali.


    Aku adalah aku... dan aku tetap aku... Biarpun apa berlaku aku adalah aku... Kerna aku hanya insan biasa... 

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...