• Home
  • Facebook
  • Twitter
  • Sykpe
  • Myspace
  • Sunday, February 27, 2011

    Maaf !

    Senang ke nak ucapkan maaf kepada seseorang ?

    Aku sendiri akui. Bukan mudah nak ucapkan perkataan maaf. 
    Kita nie cakap je maafkan, tapi hati kata macam2. Da la tak ikhlas, dapat plak dosa. Pakej la tue!
    Ikhlas nie perlu lahir dari hati supaya tak ada dendam atau permusuhan. Kadang2 ego manusia sendiri yg tak nak memaafkan seseorang. Takut dapat malu bila ucapkan maaf. Apa yg nak dimalukan, kalau kesalahan dia tapi kita sendiri yg minta maaf. Tak ke malu dia? 

    Ustazah aku ada pesan "jika kita boleh memaafkan seseorang atas kesilapan yang susah utk maafkan,tentu Allah pun akan memaafkan kesilapan kita yang mungkin sukar untuk diampuni".
    Terdiam sejenak, apa yg dikatakan oleh ustazah aku nie.


    Aku manusia biasa.
    Sama seperti kamu semua.
    Tak lari melakukan kesilapan.
    Andai kata ada kesalahan aku yang tidak disengajakan
    MAAFKAN AKU.

    Friday, February 25, 2011

    Bertopengkan malaikat



     Kalo da teruk, teruk gak!

    Tension betul kalau ada manusia yg bertalam nie. Entry nie bukan nak mengaibkan sesiapa tapi nak terangkan masalah manusia sekarang nie. Kita nie da hidup dalam era permodenan. Bukan zaman batu lagi.
    So, anjakan paradigma tu mestilah kedepan. Jangan ditakuk yang lama. Jangan kuno sangat pemikiran tu.
    Hidup penuh bertalam ni dibenci orang. Tak ke penat ko mengumpul pahala tapi disumpah seranah dengan orang. Mana nak senang hidup kalau perangai macam ni. Depan punya la baik, orang cakap "Pijak semut pun tak mati la" tapi belakang, bawa cite yg bukan2.



     
    Dalam hidup korang mesti ada manusia yang macam nie kan ?
    Kalau dibagi peluang, apa yg perlu kita buat dengan manusia macam ni?
    • Nak pukul?
    • Sisihkan?
    • Jangan bertegur?
    • Maki?
    Yang nombor satu, jangan la dibuat. Sbb negara kita ada undang-undang.
    Yang lain tu aku rasa ok kot. Biar manusia2 macam ni tau akibatnya.
    Kalau tak sampai bila manusia macam ni nak ubah perangai. Sampai dijemput maut baru nak berubah.
    Ingat la sikit, umur da semakin tua. Buang2 la perangai tak elok tue.
    Jangan nak menutup keburukan sendiri dengan memburuk2kan orang.
    Aku rasa tak salah jadi diri yang sebenar. Diri kita yg sebenar ni la akan menjadi lebih baik masa akan datang.
    Bersihkan jiwa dari perasaan hasad n dendam. Jadi la seorang yang baik dimata dan dijiwa masyarakat.



    Tuesday, February 22, 2011

    Jom Join FaceBlog



    SELAMAT DATANG DIUCAPKAN KEPADA SEMUA YANG SUDI HADIR KE THE FACEBLOG. TUJUAN FACEBLOG DIWUJUD IALAH ATAS DASAR UNTUK MENGUMPUL DAN MEMBINA SATU KOMUNITI BLOGGER KHUSUSNYA DI SELURUH MALAYSIA DAN DUNIA AMNYA. MARILAH KITA BERSATU DAN BERKERJASAMA DALAM MEMBANTU RAKAN-RAKAN BLOGGER KITA DI SELURUH MALAYSIA. SEPERTIFACEBOOK, KAMI JUGA MEMPUNYAI TUJUAN YANG SAMA IAITU MENJALINKAN HUBUNGAN YANG LEBIH ERAT ANTARA PARA BLOGGER DI SELURUH MALAYSIA SELARAS DENGAN TEMA YANG KAMI GUNAKAN IAITU SEAKAN-AKAN TEMAFACEBOOK. SERTAILAH KAMI DAN BERSAMA KITA MEMERIAHKAN DUNIA BLOG MALAYSIA.
    TERIMA KASIH



    Faceblog?
    Tak silap aku la.
    Faceblog nie satu komuniti untuk para2 blogger bertukar pendapat dan berkumpul.
    Aku baru je join. Tak tau apa function aku join. Tapi bunyi macam menarik.
    Senang je nak daftar. Just klik banner kat tepi tu and ikut je arahan.
    Selamat mencuba!

    Gila anime!

    Hola !
    Kegilaan aku terhadap anime menjadi2. Anime bukan menjadi kegemaran aku sangat tpi minat terhadap aksi yang dilakukan. Kehebatan mereka diluar kebatasan seorang manusia. Kadang2 satu anime nie sampai 3-4 jam gak la, itu pun tak puas gak. Sanggup makan cepat2 semata2 nak habiskan beberapa episod.


    Antara yang hampir habis :

    1.One Piece














    Monkey D. Luffy, seorang anak yang bercita-cita menjadi raja bajak laut terinspirasi dari idolanya, Shanks mengarungi lautan untuk mencari harta karun legendaris One Piece. Di awal perjalanannya, dia bertemu berbagai macam musuh sesama bajak laut seperti Alvida, Buggy Badut, Kuro, Don Krieg, dan Arlong. Dia juga telah mengumpulkan rakan seperjalannya iaitu Zoro, Nami, Sanji, Usopp,Brook,Robin,Franky, dan Chooper

     
    2.Naruto


















    Ninja tangguh dari desa Konoha ini akhirnya menutup mata untuk selamanya. Uzumaki Naruto, demikian nama lengkapnya, meninggal dalam usia yang sangat belia, 15 tahun. Nyawanya tak tertolong akibat luka parah yang didapatnya dalam pertarungan. Selama hidupnya, Naruto dikenal sebagai ninja yang berdedikasi. Misi-misi yang diberikan semuanya berjalan dengan lancar. Kegagalan terbesarnya hanyalah merebut kembali Uchiha Sasuke dari tangan Orochimaru.

     3.Eye Shield 21


















    Tokoh utama komik ini bernama Kobayakawa Sena. Sena adalah seorang murid SMA Deimon yang lemah. Sejak SD, Sena sudah dijadikan budak oleh teman-temannya. Sena juga memiliki teman masa kecil bernama Anezaki Mamori yang selalu melindunginya jika diganggu oleh anak lain. Walaupun begitu, Sena memiliki sepasang kaki amat pantas. Bakatnya ini dilihat oleh Yoichi Hiruma, kapten dari team Amefuto Deimon Devil Bats di sekolah mereka dan mengajak Sena masuk kelab dengan berbagai macam cara.
     
    4.Slam Dunk




















    Slam Dunk ialah  tentang sebuah pasukan bola keranjang dari Shōhoku High School. Ia terlebih dahulu bersiri dalam Weekly Shōnen Jump Shueisha di Jepun dari 1990 untuk 1996 dan mempunyai juga disesuaikan ke dalam satu siri-siri animasi Jepun oleh Toei Animation yang mana telah menyiarkan dunia, menikmati populariti yang banyak terutama di Jepun, beberapa negara-negara Asia lain dan Eropah. Inoue kemudian digunakan bola keranjang sebagai satu tema utama dalam dua tajuk-tajuk manga berikutnya: Pemukul Penggera dan Sebenar.



    Buat masa nie,nie la antara anime2 yg aku minat gile. Bukan ape,cume mengisi masa lapang.Penangan anime sampai aku pon nak ade setiap kuasa yang ade. Nak lari laju, hilang2,tangan kuat, semua la yang ade. Tpi...tpi...tpi.. Angan2 je lebih . Pengaruh kuat aku nie . Sedar2 la,ko dialam yang nyata. .

    Friday, February 18, 2011

    Cuti Pertengahan

    Salam.
    Sedar tak sedar cuti pertengahan sem da sampai. Semua bebanan di kolej habis aku tinggalkan kat sana.
    Bermulalah episod kemalasan aku kat rumah. kompem-kompem kene bebel dengan mak aku .
     "Rupa-rupanya macam ni lah ko kat sana ye. Dengan bangun lambat, apa nak jadi la. Tolong la apa yang patut kat rumah nie"
    Ayat ni yang biasa aku dengar setiap cuti. Apa pon kita sebagai anak ikut je apa kate die. Perkara yang mak aku paling tak suke bangun pagi , kalo pagi tu dalam pukul 8 atau 9 tak apa lagi , nie matahari tercacak atas kepala rilex je. Macam tak ada perasaan, rasenye kalo rumah terbakar tu da tak payah bangun da. tido la ko dalam tue sampai kiamat .Hahaha..Tapi macam mane nak isi masa cuti ni??
    • Main badminton
    • Berkelah
    • Surf internet
    • Tengok wayang
    • Memancing
    • Main game
    • Menonton tv sepanjang hari 
    Ini la rutin harian yang diulang hari ke hari sepanjang cuti sem ni.Agak2 kalau tiap2 hari macam ni kompem bosan.

    Sunday, February 6, 2011

    Sejarah One Uniti Club

    ONE UNITI CLUB
    Nama pertubuhan yang dibina atas nama persahabatan. Pertubuhan kelab nie  xdirancang mula-mulanya. Hanya sekadar untuk bersuka-suka sebab membe2 aku nie berjalan. Tpi bila ahli da ramai, di komersial kan untuk kelab dalam kolej nie.  Nak kate kelab nie gempak tak ada la. Tapi semangat setia kawan tu kita boleh lihat dengan kelab masing2. Bukan apa,nak tengok kawan yang betul2 boleh dibuat kawan. Kadang-kadang cakap je pandai,suruh buat haram jadah xreti.

     2 tahun da kelab nie beroperasi dan nie tahun last kteorg handle  kelab nie. Macam-macam rintangan kot kelab nie,ye la kelab baru mane xda masalah. Yang paling aku rse fedup sekali time nak hantar proposal. Proposal tu kteorg anta sebulan sebelum tarikh aktiviti,tpi apa punya manusia la. Proposal tu plak lulus seminggu nak aktiviti. Dengan nak cari orang lagi,nak buat memo lagi,meeting last g. Da jadi kelam kabut. Tapi dengan ada nya barisan-barisan pakar,semua masalah boleh handle la. Aktiviti pon rilex je berjalan lancar. Ceh wah!bukan men berlagak je an. Kalo nak boikot pon,cari benda yang boleh betul2 DOWN an kteorang. Biasalah manusia!




    Harapan aku,biar la kelab nie yang menjadi kenangan kami dikolej nie. Ye la,bila da lepas grad,sume ilang kemana. De yang lost contact,de yang da sambung Oversea. Orang kate kalo 7 keturunan tu ade g,mmg terbaek la. Tak pon bila kawan2 masuk kolej,sebut plak nama kelab kteorg, tak ke rasa bangga. ada gak pewaris kelab nie.

    One Uniti Kelab dihati!!

    Wednesday, February 2, 2011

    Demam DotA


    Bak kata orang perempuan, DOTA ialah Dunia Orang Tanpa Awek..hahaha.. Ungkapan yg sesuai bagi gamer-gamer.. Bayangkan, orang perempuan boleh cakap macam tue? sebab kalau da layan, sampai xjmpe malam da..punye kusyuk tak makan pon tak ada hal la..janji kepuasan bila menang..kalo kalah jadi stok kena bahan la..(Ayam-ayam je)...Boleh kata setiap malam,mesti kena layan gak.. Kadang-kadang main sampai ke pagi.. Esok pegi kelas bengkak-bengkak je mata...

    Nak jadikan cerita, adalah seorang membe aku ni..memang gile game..satu malam tu,awek die call ajak pegi makan..yang die pon YE kan aje sepanjang awek die cakap sambil tangan mengerak2kan mouse..Bila pakwe die kena FIRST BLOOD (mati), kena maki awek die..Bapak kesian la..Awek ajak pegi makan je,bukan pegi neraka.. Kalo da maki tu tak pe la,ni dengan bengang,henset yang tak bersalah tu pon berkecai..Aku yang kat situ tak keruan la..Tapi yang buat geli hati tu, yang berkecai tu dikutip satu2..siap mintak tolong aku lagi..hahaha..Kebodohan mencerminkan diri sendiri..
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...